1. Memantau pelaksanaan Program KDP di peringkat negeri;
        a. memantau pengurusan dan pengendalian makmal komputer sekolah
            melalui lawatan berkala ke sekolah,
        b. memantau pelaksanaan aktiviti literasi komputer dan pengajaran
            pembelajaran berbantu komputer di sekolah,
        c. mengambil tindakan susulan terhadaplaporan bulanan dari sekolah KDP,
 
2. Merancang dan menjalankan aktiviti KDP peringkat negeri seperti taklimat, mesyuarat
    bengkel, kursus dan aktiviti kokurikulum.

3. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan aktiviti KDP peringkat negeri seperti kelab
    kelab komputer dan sekolah-sekolah KDP.

4. Menjalankan kerja penyelarasan pelaksanaan Program KDP peringkat negeri.

5. Merancang perolehan dan pengagihan peruntukan kewangan untuk menjalankan aktiviti
    KDP peringkat negeri.