LAMPIRAN IKHTISAS

1. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A. Teras/Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Program KBSR/KBSM

1.1 Penggabungjalinan

Huraian : Gabungan beberapa kemahiran/elemen dalam satu mata pelajaran atau

beberapa mata pelajaran.

1.2 Penyerapan

Huraian : Penyampaian isi kandungan mata pelajaran di samping menerapkan :

1.3 Pemulihan

Dilaksanakan sekiranya hasil pembelajaran tidak dapat dikuasai oleh murid.

Aktiviti Contoh :

    1. Pemulihan dalam kelas – Pengajaran semula dalam
    1. Kumpulan kecil
    2. Rakan Sebaya
    3. Individu

    1. Pemulihan khas – untuk murid-murid yang menghadapi masalah kompleks khususnya dalam menguasai kemahiran 3M.

1.4 Pengayaan

Dilaksanakan seterusnya hasil pembelajaran setelah dikuasai oleh murid.

Aktiviti Contoh :

    1. Bacaan tambahan
    2. Kerja Projek
    3. Permainan/rekreasi

1.5 Penilaian

Dilaksanakan setelah/semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Secara umumnya kaedah berikut dapat digunakan dalam mengajarkan sesuatu topik/tajuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui satu lingkaran seperti berikut :

 

 

 

- 1 -

Langkah 1 : Set Induksi

  1. Pelajar perlu mengalami satu pengalaman dan membincangkan pengalaman itu. Pelajar harus
  2. diberikan peluang untuk mengalami pengalaman yang konkrit yang ada kaitan dengan konsep yang dikemukakan.

  3. Pelajar hendaklah diberikan peluang membincangkan pengalaman itu. Kemahiran yang dikembangkan ialah menyoal, memerhati, mendengar, bertutur, berfikir dan berinteraksi.

Langkah 2 : Penerangan Konsep

Pelajar perlu memahami dengan jelas fakta/konsep yang dikemukakan oleh guru. Guru perlu menjelaskan konsep dan mengaitkan dengan pelajaran konkrit. Pelbagai aktiviti dijalankan supaya konsep difahami dan hasil pembelajaran tercapai. Kemahiran yang dikembangkan ialah melihat perhubungan, memilih, menyusun, mengelas dan merumus.

Langkah 3 : Pengukuhan

Pelajar perlu membuat latihan untuk mengukuhkan konsep yang telah dipelajari. Pelajar harus diberikan peluang untuk mencuba sendiri melalui latihan. Kemahairan yang dikembangkan ialah merekod, mengingat semula, menganalisis dan meramal.

Langkah 4 : Aplikasi/Ciptaan

Murid perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan membetulkan hasil kerja murid dan sentiasa memberikan perhatian dan penghargaan kepada hasil ciptaan murid. Kemahiran yang dapat dikembangkan ialah menilai, merumus, menganalisis dan mencipta.

SET INDUKSI PENERANGAN KONSEP PENGUKUHAN PENGAPLIKASIAN

PENDEKATAN

Definisi : Sistem/dasar/pegangan

  1. Bersepadu
  2. Berfokus
  3. Oral
  4. Induktif (Huraian)
  5. Deduktif (Rumusan)
  6. Infusion : mengintegrasikan/menyerapkan unsur kemahiran berfikir dengan isi kandungan sesuatu mata pelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN

Definisi : Langkah-langkah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara lain contohnya seperti berikut:-

  1. Pengajaran Koperatif
  2. 4 Matriks : Kaedah mengajar berdasarkan 4 gaya pembelajaran (imaginatif, analitik, praktik dan dinamik)
  3. Pembelajaran Quantum : Gaya pembelajaran secara visual, auditori dan kinestetik.
  4. Audio-Lingual (Dengar Tutur)
  5. Kumpulan
  6. Kelas
  7. Individu dan lain-lain

- 2 -

TEKNIK/STRATEGI PENGAJARAN

Definisi : Muslihat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

1. Soal Jawab

6. Syarahan

11. Latih Tubi

2. Penyelesaian Masalah

7. Tunjuk Cara

12. Permainan

3. Nyanyian

8. Ramalan

13. Temubual

4. Kuiz

9. Jurulatih

14. Bacaan Rekreasi

5. Lawatan

10. Teater Bercerita

     

15. Perbincangan :

Perbincangan adalah satu kaedah yang melibatkan aktiviti pembelajaran menerusi percambahan dan pertukaran idea dan perkongsian sumber maklumat mengenai sesuatu isu.

16. Dialog :

Pelajar akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai.

17. Bercerita :

Kaedah penceritaan ialah menyampaikan maklumat atau pengetahuan sejarah di dalam bilik darjah dengan cara bercerita. Dalam menjalankan kaedah ini pencerita memainkan peranan penting bagi "menghidupkan" peristiwa sejarah yang diceritakan.

18. Perbahasan :

Perbahasan merupakan satu lagi aktiviti yang boleh memberi peluang kepada penyertaan pelajar. Aktiviti ini dianggap lebih sesuai untuk pelajar di kelas-kelas Tahap II.

19. Sumbang Saran :

Memberi idea secara spontan dan berterusan berkaitan dengan sesuatu tajuk atau masalah.

20. Main Peranan :

Pelajar melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan.

21. Simulasi :

Simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah melalui perubahan persekitaran serta lakonan.

22. Improvisasi :

Improvisasi ialah lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian.

23. Lakonan :

Penyertaan pelajar boleh juga digalakkan melalui aktiviti lakonan. Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara spontan atau secara terancang. Guru hendaklah memilih aspek-aspek tertentu di dalam topik yang diajar untuk dilakonkan oleh pelajar.

24. Tutorial :

Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan di satu tempat dan masa tertentu di mana sebilangan/sekumpulan kecil pelajar yang sama pencapaian berkumpul dengan dibantu oleh seorang tutor (guru) untuk membantu pelajar menyelesaikan satu-satu masalah pengajaran dan pembelajaran.

 

 

- 3 -

 

25. Inkuiri :

Satu teknik pengajaran yang menggalakkan murid membuat penyelidikan berasaskan proses penyelesaian masalah.

26. Mimos :

Mimos ialah lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. Mimos boleh dilakukan secara individu atau secara kumpulan.

27. Pantomin :

Pantomin ialah satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi dibaca oleh pelajar lain serentak dengan aksi lakonan. Oleh itu pelakon dan pembaca skrip mestilah bersama-sama menghayati skrip tersebut sebelum dilakonkan.

28. Teater Membaca :

Guru memilih skrip drama yang baik seperti Uda dan Dara, Atap Genting, Atap Rumbia. Pelajar akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.

29. Projek :

Kaedah projek ialah satu kaedah yang melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan, di dalam atau di luar bilik darjah.

30. Boneka :

Dalam aktiviti ini guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. Dengan menggunakan boneka, pelajar memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita.

Ciri-Ciri Pengajaran Guru Yang "Dianggap Berkesan"

1.

Pengajaran Berpusat Kepada Murid

10.

Pujian dan Ganjaran

2.

Penggunaan Pelbagai Kaedah/Teknik Pengajaran

11.

Objektif Pelajaran Spesifik dan Jelas

3.

Isi Pelajaran Yang Bermakna/Relevan

12.

Pengajaran Konsep Secara Berperingkat

4.

Motivasi

13.

Set Induksi Yang Menarik

5.

Persediaan Guru Yang Baik

14.

Penggunaan BBM Yang Sesuai

6.

Mengutamakan Perbezaan Individu

15.

Berlaku Interaksi

7.

Pengajaran Yang Efektif

16.

Penyediaan Soalan Yang Baik

8.

Kelicinan Penyampaian

17.

Tercapai "Learning Outcome"

9.

Suasana Demokratik

18.

Penutupan P & P Yang Kemas

Catatan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di atas selaras dengan ciri-ciri kurikulum yang relevan untuk

  1. Menghasilkan pendidikan yang berkualiti.
  2. Mewujudkan murid yang kreatif, berdaya cipta dan estetik.
  3. Mengukuhkan kemahiran asas 3M
  4. Kesinambungan pendidikan

 

- 4 -

2. KEMAHIRAN BERFIKIR

  1. PENGELASAN KEMAHIRAN BERFIKIR
  1. Pemikiran Kritis
  2. 1.1 Definisi : Kebolehan menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk pemahaman yang jelas dan munasabah.

    1.2 Kemahirannya ialah :

    Mengelas, membanding, mencirikan, membuat urutan/menyusun atur, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan, mengecam falasi, sintesis, menyenaraikan, membahas, memberi alasan justifikasi, mentafsir maklumat, pemerhatian, menyampai maklumat, mengenalpasti idea utama, deduksi, induksi dan lain-lain.

  3. Pemikiran Kreatif
  4. 2.1 Definisi : Kebolehan untuk mencerna, berimaginasi dan menghasilkan idea asli, idea baharu dan pelbagai idea.

    2.2 Kemahirannya ialah : menjana idea, membuat inferens, menghubung kait, meramal, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mengitlak, menganalogi, mereka cipta, memberi sebab, penerangan yang berkesan dan lain-lain.

  5. Penyelesaian Masalah :
  6. 3.1 Definisi : Mengenalpastikan masalah, mencari cara-cara penyelesaian, melaksanakan penyelesaian yang terbaik dan menilaikan keberkesanannya.

    3.2 Kemahiran yang terlibat : Pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

  7. Membuat Keputusan :
  8. 4.1 Definisi : Mencadangkan pelbagai alternatif, menentukan akibat sesuatu pilihan dan memilih pilihan yang terbaik berdasarkan kriteria tertentu.

    4.2 Kemahiran yang terlibat : Pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

  9. Membuat Persepsi :

5.1 Definisi : Persepsi sebagai proses kognitif yang berlaku dalam minda seseorang yang melibatkan proses pemilihan, organisasi dan pentafsiran atas rangsangan-rangsangan alam sekeliling. Persepsi merupakan proses minda kita untuk membaca dan mentafsir alam dan memahami alam. Dalam proses berfikir persepsi diletakkan pada tahap pertama dan tahap kedua ialah logik.

5.2 Kemahiran yang terlibat :

Ambil kira pelbagai alternatif, kemungkinan dan pilihan.

Ambil kira semua faktor.

Ambil kira pandangan orang lain.

Idea yang baik, buruk dan menarik.

Memastikan perkara utama.

Tujuan, matlamat dan objektif.

Kesan dan akibat.

Mengenal konteks.

Memfokus.

Mengenal perbezaan nilai

- 5 -

Mengenal perbezaan persepsi.

Pendapat dengan fakta.

Pelbagai sudut pandangan.

Ramalan, hipotesis.

Mengenalpasti idea umum dan idea khusus.

Mencabar andaian umum.

  1. PEMBINAAN SOALAN BERASASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR
    1. Taksonomi Bloom.
    2. Soalan Bertumpu dan Bercapah.
    3. Taksonomi QAR.
    4. CoRT 1.
    5. Kitaran Soalan.
    6. Soalan Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah, Membuat Keputusan.

Catatan :

Dengan penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran akan membantu murid menguasai kemahiran generik. Ini selaras dengan ciri-ciri kumpulan yang relevan untuk menghasilkan murid yang progresif, dinamik dan seimbang untuk memenuhi pasaran dan industri negara.

CONTOH MODUL PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Masa : 60 minit

Tahun : 6

Tajuk : "Raja Rimba Yang Kejam"

Kemahiran Berfikir : Inferens

Kemahiran Bahasa :

    1. Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
    1. Membaca dan memahami pelbagai jenis bahan sastera dan bukan sastera.
    1. Menulis kesudahan sesuatu cerita.

Kemahiran Tatabahasa : Imbuhan ‘Di…..’

Objektif Kandungan : Pada akhir pembelajaran murid-murid :

    1. Memahami isi yang tersirat.
    2. Menulis kesudahan cerita.

Objektif Kemahiran Berfikir :

    1. Pelajar dapat membuat pemerhatian dan mancari alasan-asalannya.
    2. Pelajar dapat membuat inferens.

Objektif Nilai Murni :

    1. Bekerjasama.
    2. Berani

 

- 6 -

Bahan Bantu Mengajar :

    1. Gambar
    2. Bahan bercetak.

Teknik Pengajaran :

    1. Sumbang Saran
    2. Main peranan/Lakonan

Langkah Pengajaran :

Set Induksi : Guru memberi kad arahan dan murid menjalankan aktiviti ‘main peranan’

Guru menunjukkan gambar. Murid bercerita mengenai gambar itu.

Penerangan Konsep :

  1. Guru menerangkan pentingnya membuat kesimpulan awal tentang sesuatu keadaan dan peristiwa.
  2. Pelajar perlu memberi sebab dan akibat untuk dibuat inferens.
  3. Guru mengesan penyusun lisan dan membuat inferens.

Latihan :

  1. Guru mengedarkan teks bacaan.
  2. Murid-murid membaca petikan dan membuat inferens.
  3. Murid-murid melaporkan inferens yang didapati.
  4. Murid mengesan imbuhan ‘di’ dalam petikan.

Aplikasi :

  1. Pelajar diminta membuat inferens berdasarkan cerita.
  2. Pelajar menulis kesudahan cerita.
  3. Senaraikan imbuhan ‘di’ dan kata depan ‘di’ yang terdapat dalam petikan dan membuat ayat.

(Petikan tidak disertakan).

3. PEMBELAJARAN MASTERI

Konsep.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar.

Falsafah/Kepercayaan

Semua murid boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya :

  1. Masa mencukupi
  2. Pengajaran dan Pembelajaran berkualiti
  3. Guru mesti menggunakan kaedah yang sesuai.
  4. Ada pelbagai kecerdasan – gaya pembelajaran apa harus ditekankan.

Mengapa?

  1. Semua sekolah harus melaksanakan PM kerana ia bukanlah perkara yang baru dan unsur-unsur PM sudah ada dalam KBSR dan KBSM.
  2. Memastikan semua murid dapat menguasai apa yang diajar.
  3. Sekolah-sekolah di negara maju yang telah mencuba PM telah mendapati prestasi murid telah meningkat.
  4. Masalah pembelajaran akan bertambah-tambah (terhimpun).

 

- 7 -

4. KONSEP PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah)

a. Apakah PKSR?

1. PKSR ialah satu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan kepada matlamat KBSR yang berlandaskan FPN dan prinsip penilaian berasaskan sekolah.

2. Penilaian ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah bagi semua mata pelajaran.

3. PKSR (Ujian Formatif) adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Ciri-Ciri PKSR

Dikendalikan oleh guru

  • Menilai muridnya sendiri

Berasaskan KRITERIA

  • Menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

Formatif

  • Dijalankan berterusan
  • Mengesan perkembangan kemajuan dan pencapaian murid

Pelbagai Kaedah

  • Pemerhatian
  • Lisan
  • Penulisan

Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara menyeluruh

* intelek * emosi * rohani * jasmani

Menekankan perkembangan individu

  • Berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

Bersistem

  • Merancang
  • Melaksana
  • Merekod
  • Tindakan susulan
  • Menentukan instrumen
  • Menganalisis
  • Melapor

Menggalakkan Penilaian Kendiri

Melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan

Guru mendapat maklumat tambahan

 

Membolehkan Tindakan Susulan

  • Mengatasi kelemahan pembelajaran
  • Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran

 

b. Pakej Penilaian Prestasi Pembelajaran (PPPP)

Apa itu PPPP?

    1. PPPP merupakan alat pengukuran pendidikan, menggunakan ujian rujukan kriteria (URK)
    2. URK ialah satu bentuk penilaian di mana prestasi murid dinilai berdasarkan kriteria yang ditakrifkan dengan jelas dan tidak berdasarkan prestasi murid yang lain.

Mengapa PPPP diperkenalkan?

  1. PPPP diperkenalkan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia ke tahap dunia dari pelbagai segi seperti pentadbiran, kemudahan, pengajaran, terutamanya produk (hasil).

- 9 -

Ia merupakan satu mekanisme pengesahan dari semasa ke semasa yang boleh menunjukkan tahap pencapaian sesuatu objektif.

Objektif PPPP

  1. Mendedahkan warga pendidik dan yang dididik dengan pendekatan URK.
  2. Membiasakan warga pendidik dengan amalan URK.
  3. Menjadikan guru mahir mengendalikan URK.
  4. Membolehkan guru berupaya membentuk URK.

Apakah Kegunaan PPPP?

PPPP direka untuk tujuan ujian formatif. Walau bagaimanapun item yang terkandung di dalamnya boleh digunakan untuk tujuan ujian diagnostik, sumatif, penilaian program dan pensijilan.

Bagaimana menggunakan PPPP?

PPPP mengandungi item-item yang belum menjadi ujian. Untuk menggunakan item-item itu, peraturan-peraturan berikut perlu diikuti.

Contoh URK (Ujian Rujukan Kriteria)

DOMAIN

PERINGKAT

KRITERIA

1. Membina dan mengembangkan kefahaman tentang konsep nombor bulat hingga 1000.

1.1 Nombor bulat hingga 1000

      1. Menulis nombor bulat dalam simbol perkataan ( # )
      2. Melengkapkan rangkaian nombor secara pola (# )
      3. Menentukan nilai tempat ratus, puluh dan sa (* )
      4. Mencerakinkan nombor kepada ratus, puluh dan sa (* )
 

1.2 Pembundaran sebarang nombor bulat hingga 1000 kepada puluh yang terdekat.

      1. Membundarkan nombor 2 digit kepada
      2. puluh yang terdekat (!)

      3. Membundarkan nombor 3 digit kepada

puluh yang terdekat (!)

1.2.3 …………

     

Merekod Skor

Guru hendaklah merekod skor murid dalam rekod penguasaan murid (RPM) seperti ditunjukkan di bawah. Tanda (Ö ) yang mewakili skor ‘sudah menguasai’ dan tanda (x) yang mewakili skor ‘belum menguasai’. Tiap-tiap kriteria diberi tanda (# ), (*) dan (!) untuk menentukan kriteria pencapaian domain.

 

- 10 -

Tiga baris bagi tiap-tiap domain menunjukkan tiga peluang diberi kepada murid untuk menguasai kriteria tertentu dalam domain itu. Setelah kriteria dikuasai dalam sesuatu peluang, baris untuk peluang seterusnya tidak perlu diisi lagi. Lihat contoh di bawah :

Kriteria

(#)

(#)

(#)

(*)

(*)

(!)

(!)

Kategori

Domain

1.1.1

1.1.2

1.1.3

1.1.4

1.2.1

1.2.2

1.2.3

Memuaskan

1.0

/

/

/

X

X

X

X

 
       

X

X

X

X

 
                 

 

Kriteria

(#)

(#)

(#)

(*)

(*)

(!)

(!)

Kategori

Domain

1.1.1

1.1.2

1.1.3

1.1.4

1.2.1

1.2.2

1.2.3

Kepujian

1.0

/

/

/

X

X

X

X

 
       

/

/

X

X

 
                 

 

Kriteria

(#)

(#)

(#)

(*)

(*)

(!)

(!)

Kategori

Domain

1.1.1

1.1.2

1.1.3

1.1.4

1.2.1

1.2.2

1.2.3

Cemerlang

1.0

/

/

/

/

/

X

X

 
       

/

/

/

/

 
                 

Tahap Penguasaan

Kategori Yang Dikuasai

Memuaskan

(#) sahaja

Kepujian

(#) dan (*) sahaja

Cemerlang

(#), (*) dan (!)

  1. PERSEDIAAN KE ARAH PENUBUHAN ALA SEKOLAH BESTARI

5.1 Pengenalan

Ekoran daripada penubuhan dan pemilihan 90 buah sekolah berasrama penuh dan harian bertukar menjadi sekolah bestari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia didapati bahawa terdapat beberapa buah sekolah lain di negeri Perak yang mampu dan berminat menaikkan juga taraf sekolah mereka ke tahap bestari. Ini adalah kerana mereka berupaya menyediakan infrastruktur minimum untuk menjadi ‘sekolah bestari’.

5.2 Rasional Penubuhan Ala Sekolah Bestari

Seiring dengan perubahan Malaysia menjurus kepada era teknologi dan pembangunan MSC, bidang pendidikan sememangnya menjadi tunggak kepada perubahan dan pembangunan itu. Oleh itu, terdapat beberapa rasional bagi penubuhan Sekolah Bestari, iaitu :

5.2.1 Mewujudkan masyarakat pelajar saintifik dan progresif dengan bertumpukan teknologi maklumat.

- 11 -

5.2.2 Menyediakan tenaga teknokrat untuk perindustrian negara sebagai pekerja ilmu (knowledge worker)

5.2.3 Pengajaran-pembelajaran berbantu teknologi di sekolah akan lebih menarik dan berkesan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Teknologi membolehkan pelajar mengikuti program berdasarkan minat dan keupayaan.

5.2.3 Meringankan beban guru dalam tugas pentadbiran seperti kerja-kerja perkeranian, pengurusan dan penilaian pelajar melalui penggunaan sistem pengurusan berbantu teknologi. Dengan ini guru boleh menumpukan lebih masa dan perhatian kepada pemupukan nilai pelajar.

5.3 Konsep Sekolah Bestari

Sekolah Bestari bertujuan untuk mengubah budaya berasas ingatan dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir, kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah. Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat projek memberikan penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja pada domain intelektual tetapi juga kepada pembentukan warga Malaysia berakhlak mulia, cekap teknologi maklumat, bersifat global dan mampu beroperasi dalam arena antarabangsa.

5.4 Matlamat Sekolah Bestari

Projek Sekolah Bestari bertujuan untuk menyediakan asas bagi penghasilan pekerja ilmu yang akan memainkan peranan penting untuk membantuk ekonomi yang berasaskan maklumat. Pelajar sekolah bestari yang menjadi tenaga pekerja MSC akan membantu dalam pemindahan teknologi dan sterusnya membangunkan industri tempatan berteknologi tinggi.

5.5 Perkakasan/Perisian/Peralatan Minimum Untuk Penubuhan Ala Sekolah Bestari

Bil.

Perkakasan dan peralatan

Bil. Unit

Kos (RM)

1.

Komputer pelajar di 1 makmal komputer

20

80,000

2.

Komputer server di makmal komputer

1

5,000

3.

Pencetak

2

1,000

4.

Automatic Voltage Regulator (AVR)

21

3,150

5.

Projektor komputer

1

18,000

6.

Uninterruptible power supply (untuk server)

1

1,000

7.

24 port stackable HUB

1

1,200

8.

Pengimbas (scanner)

1

700

9.

33.6K/56K modem

1

500

10.

Meja komputer

21

1,050

11.

Kerusi komputer

21

840

12.

Pemadam api

1

200

       
 

Perisian Aplikasi

   

13.

Perisian Microsoft Office (lesen)

20

6,000

14.

Perisian Antivirus (lesen)

21

3,150

15.

Perisian rujukan

21

3,150

16.

Perisian server

1

3,000

       
 

- 12 -

   
 

Lain-Lain

   

17.

Pendaftaran internet

1

25

18.

Bayaran akses

1

24

       
 

JUMLAH

 

127,989

6. DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

6.1 Kemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. Kecekapan boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna, berkemahiran, kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan dijelaskan sebagai kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah.

Secara umumnya kemahiran generik mempunyai elemen-elemen seperti :

    1. Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan

personal.

    1. Kemahiran utama penting untuk penglibatan diri dalam dunia pekerjaaan dan
    2. organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan.

    3. Kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia kemahiran generik adalah kemahiran utama yang perlu ada di kalangan pelajar sebagai persediaan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

JENIS KEMAHIRAN GENERIK

Dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia, kemahiran generik yang dikenal pasti perlu untuk pelajar meneroka ruang-ruang ilmu adalah seperti berikut :

1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bertutur - fasih, perbendaharaan kata luas, intonasi sesuai, bahasa badan, guna pengetahuan, guna istilah sesuai, bahasa tepat dan jelas, kemuka soalan dan menjawab jelas dan tepat.

Mendengar - dengar idea dan pandangan, faham idea yang disampaikan, menakkul, menolak atau menerima idea.

Menulis - menulis jelas dan tepat, guna tanda baca, buat catatan, buat laporan, intepretasi maklumat, buat rumusan, isitilah tepat, laras bahasa sesuai dan mengalih idea ke bahasa lain.

Membaca - menganalisis, bertindakbalas tepat dan berkesan, aplikasi teknik baca, faham dan intepretasi dengan tepat.

Bertertib & Sopan - guna bahasa ikut suasana, kata panggilan yang sesuai.

Penggunaan Teknologi - mengendali alat teknologi (OHP, komputer, alat siaraya), menyediakan alat (slaid poster, gambarajah), penyampaian dengan bantuan alat.

- 13 -

2. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Menggunakan alat ikut prosedur dan proses - memahami arahan buku manual, faham cara operasi dan kendali alat, mengenali bahagian dan fungsi, memahami simbol, kendali ikut prosedur.

Mengendali, menyelenggara dan baiki alat teknologi - kenal pasti bahagian dan fungsi, selenggara dengan sempurna dan yakin, peka terhadap peralatan baik pulih, baiki kerosakan kecil dan mudah.

Menggunakan sumber dengan cekap – boleh mengimbang jumlah pengeluaran dengan kos, menghasilkan keluaran menepati masa, menepati jumlah pengeluaran ikut sasaran, mengawal kualiti produk.

Memahami isu dan tren dalam teknologi - mengenalpasti teknologi baru, berupaya memilih teknologi mengikut tren semasa, terjemah keperluan berdasarkan teknologi baru, peka terhadap isu semasa.

Mereka bentuk dan mencipta teknologi baru - mengubahsuai teknologi sedia ada supaya lebih cekap, meneroka dan menghasilkan teknologi baru.

3. KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI

Kebolehan membuat persediaan dalam merancang aktiviti - mengenalpasti matlamat dan objektif, membuat anggaran kos, menentukan kumpulan sasaran dan bilangannya, membuat jadual tugasan induk.

Melaksanakan program/aktiviti - menyediakan senarai tugasan, membuat pelan tindakan, carta tugasan (carta Gantt), merancang alternatif sekiranya berlaku halangan, memilih strategi ikut keutamaan, berpengetahuan mengenai aktiviti dan prosedur, membuat penyesuaian, memisah dan memilih keutamaan.

Cekap dalam pengurusan masa - bekerja ikut spesifikasi masa yang ditentukan, bekerja secara sistematik, menyelesaikan masalah dalam jangka masa terhad.

Keberkesanan penggunaan sumber - menentukan sumber berkaitan aktiviti, mengurus sumber, berupaya memaksimum output dengan sumber terhad, pengelolaan sistematik, penilaian, membuat refleksi, menggunakan maklumbalas sebagai rujukan aktiviti akan datang dan bertindak positif.

4. KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DAN DALAM KUMPULAN

Berkomunikasi dengan orang lain dan dalam kumpulan - mendengar dengan baik, memberi perhatian, memahami bahasa, gaya dan intonasi pertuturan, menggunakan ‘body language’ yang sesuai, memahami maksud yang tersurat dan tersirat, menulis arahan dengan baik, memahami persekitaran.

Berbincang secara kumpulan - mengetahui peranan dalam kumpulan, mengetahui halangan dalam komunikasi dan cara terbaik mengatasinya, menggunakan bahasa yang sesuai dengan situasi, berpengetahuan mengenai topik yang dibincangkan, membuat persediaan maklumat yang cukup, menggunakan santun bahasa semasa berkomunikasi.

 

 

 

- 14 -

Menerima ahli kumpulan lain - memahami sahsiah setiap ahli kumpulan, bersikap toleransi, menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi, memberi dan menerima teguran dan tunjuk ajar, bersikap terbuka dan menghormati idea ahli.

Mempunyai semangat kekitaan - sanggup berkorban, bertanggungjawab atas tindakan/keputusan yang dibuat, bekerja sebagai satu pasukan, menghormati hak orang lain, memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas, mengetahui dan menjalankan peranan, tolong menolong dan muafakat, menghasilkan keputusan yang sepakat.

Memahami objektif bekerja secara kumpulan - mentafsir dan mengenalpasti objektif kumpulan, boleh menjelaskan tujuan bekerja secara kumpulan, membuat pertimbangan atas cadangan dan pendapat, memberi pendapat dan cadangan, menyusun prosedur dan jangka masa untuk mencapai objektif.

5. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Mengenalpasti masalah - meneroka masalah/menceritakan masalah, menyelidik masalah untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Menganalisis punca masalah - diri sendiri (sikap, sifat diri, keyakinan, ketabahan, proaktif dan reaktif), keadaan persekitaran (masyarakat, rakan sebaya dan keluarga), Fizikal (ruang, wang, prasarana dan masa), sosio ekonomi (latar belakang, keluarga, keseimbangan pendapatan dengan keperluan, pengurusan sumber) budaya (nilai-nilai masyarakat norma dan amalan hidup tren masyarakat).

Memperolehi maklumat - mengenalpasti dan memperoleh sumber maklumat (diri sendiri, rakan sebaya, masyarakat, bahan rujukan, menilai dan memilih maklumat yang relevan (tapis maklumat).

Membuat alternatif/pilihan - menyenaraikan tindakan yang boleh menyelesaikan masalah, menilai tindakan melalui kriteria yang telah ditetapkan.

Membuat keputusan - mengkaji semula matlamat, memilih dan membuat keputusan, mengkaji keberkesanan keputusan.

Membuat penilaian semula - menilai semula keputusan yang telah dibuat, memilih alternatif lain, semua masalah dikaji.

6. KEMAHIRAN MENGURUS, MEMILIH DAN MENGANALISIS MAKLUMAT

Mancari maklumat - mengenalpasti sumber (buku, orang, alam sekitar, internet, iklan), membaca dan mengakses maklumat (memahami wacana, menguasai perbendaharaan kata, membaca, menterjemah, mentafsir, mencatat).

Memilih maklumat - mengenalpasti kegunaan/keperluan (membuat rujukan, mencerakin, membuat pengkelasan), mencatat (mencari isi penting, meringkas, merumus, membuat kesimpulan).

Menganalisis maklumat - memeriksa maklumat untuk ketepatan dan kesempurnaan, menilai kualiti dan kebolehpercayaan, mengkategorikan maklumat, menyusun maklumat.

Menyusun maklumat/penulisan - merangka format (membuat jadual, graf, carta, laporan bertulis, memo, kertas kerja/cadangan), menyunting laporan.

- 15 -

Menyimpan maklumat - kaedah menyimpan maklumat dalam bentuk fail (klasifikasi, katalog, nombor fail, bilangan surat, kaedah menyimpan dalam perisian komputer (disket, hard disk), menyimpan maklumat dalam buku log, diari, kad dan lain-lain.

Mengguna dan menyebar maklumat - mengenalpasti pelbagai kaedah sebaran maklumat (poster, memo, buletin, media masa/cetak, multimedia).

7. KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA DAN TEKNIK MATEMATIK

Mengukur kuantiti dengan menggunakan unit ukuran - melakukan 4 operasi asas, mengenal pasti unit ukuran, tahu teknik mengukur, boleh menukar unit ukuran, menyelesaikan masalah secara congak, membuat anggaran.

Menyusun dan menggunakan nombor untuk menghurai kuantiti dan kualiti - menyusun nombor ikut urutan, menyatakan perkaitan nombor dengan abjad, menyusun data.

Menggunakan unit matematik dalam mengintepretasikan jawapan untuk menyelesaikan masalah - menggunakan penukaran unit ukuran dan harga, membaca papan tanda (senarai harga barang, pasaran saham dan lain-lain), membaca meter, menggunakan data untuk menyelesaikan masalah.

Menggunakan carta dan menterjemah carta, graf - membaca dan memahami maklumat dalam graf/carta, membuat pengiraan, membuat analisis, membuat ramalan merangka strategi.

Membuat penilaian menggunakan teknik matematik - menggunakan teknik pengiraan dalam membuat penilaian, membanding dan membezakan untuk membuat pemilihan.

8. KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA

Menghayati nilai murni - memahami nilai asas untuk berinteraksi dengan masyarakat (memperkenalkan diri secara bersopan, bergaul dengan mesra dalam pelbagai situasi dan konteks, penggunaan laras bahasa yang tepat mengikut status dan situasi), menghormati pelanggan, mewujudkan sikap prihatin dan gigih terhadap pekerjaan, mengamal sikap jujur, berterus terang dan amanah.

Menghayati dan sentiasa mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan masyarakat - ambil berat terhadap kebajikan orang lain, memberi layanan, menghargai orang lain, memupuk sikap penyayang.

Menghayati norma dan tren masyarakat - memahami perbezaan nilai masyarakat merentasi agama dan kaum, menghormati semua lapisan masyarakat, mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Memahami profil organisasi - mewujudkan rasa setia kawan, mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan, mengalamlkan prinsip/nilai-nilai hidup masyarakat.

Mempunyai semangat patriotik - melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang diberi, mengenang jasa, mencintai negara.

 

 

 

 

- 16 -

7. STRATEGI PELAKSANAAN

Pada umumnya kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti memang sudah terdapat dalam kurikulum persekolahan yang sedia ada. Penekanan dan fokus yang lebih jitu bagi kemahiran-kemahiran ini perlu diberi keutamaan. Ini boleh dilakukan seperti berikut :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- 17 -