Komputer Dalam Pendidikan Di Sekolah-sekolah Negeri Perak

Latarbelakang

Aktiviti Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) di negeri Perak telah bermula sejak awal 1980-an lagi. Ketika itu program ini lebih dikenali dengan nama Projek Khas Pendidikan Melalui Komputer (PKPMK). Penyertaan sekolah-sekolah adalah secara sukarela dan diatas rancangan Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG) sekolah berkenaan. PKPMK telah disertai oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri Perak terutama di daerah-daerah Kinta, Manjung dan Larut Matang & Selama. Kebanyakan sekolah masih lagi meneruskan projek melalui aktiviti kelab-kelab komputer . Malahan ada sekolah yang melengkapkan makmal kelab komputer mereka dengan kemudahan multimedia dan talian internet tajaan PIBG atau pihak swasta.

Projek Komputer Dalam Pendidikan & Reka Cipta

Sejak tahun 1995 Kementerian Pendidikan Malaysia telah melengkapkan makmal komputer di 28 buah sekolah negeri Perak. Makmal tersebut dibekalkan dengan 21 set komputer multimedia secara rangkaian setempat (LAN). Komputer tersebut dibekalkan denagn perisian Window NT dan Window Workgroup. Bagi sekolah Reka Cipta, makmal tersebut dibekalkan dengan perisian tambahan Auto Cad. Projek Komputer Dalam Pendidikan mewajibkan pelajar-pelajar tahun pertama sekolah menengah perlu mengikuti kelas literasi komputer. Melalui kelas ini pelajar akan diajar secara asas tentang perkakasan asas komputer, perisian sistem, pemprosesan perkataan, perisian persembahan, grafik dan hamparan elektronik. Sementara makmal komputer Projek Reka Cipta lebih mengkhusus kepada penggunaan Auto Cad dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun Jabatan Pendidikan Perak telah menggalakkan sekolah Projek Reka Cipta juga perlu mengadakan kelas literasi komputer untuk pelajar tahun pertama sekolah menengah. Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusof Batu Gajah telah menawarkan subjek Perkomputeran bagi pelajar Tingkatan Enam. Makmal komputer di lima buah sekolah rendah adalah untuk pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer. Sekolah-sekolah ini telah dibekalkan perisian Bahasa Inggeris, matematik dan sains dalam bentuk disket dan CD.
 
Kelab-Kelab Komputer

Kini ada lebih 80 buah sekolah di negeri Perak yang kelab-kelab komputernya masih aktif. Kelab-kelab komputer sekolah ini mempunyai lebih 21 set komputer. Bilangan sekolah yang mempunyai kelab komputer sebenarnya lebih banyak jika tidak mengambil kira jumlah set komputer. Kelab tersebut menjalankan aktivitinya melalui kegiatan kokurikulum sekolah samada waktu petang atau pun pada hari Sabtu. Diantara aktiviti mereka mempelajari literasi komputer, menggunakan perisian-perisian untuk membantu pembelajaran mereka, mengambil bahagian dalam pertandingan membina perisian dan ada juga sekolah-sekolah yang menyediakan talian internet bagi meneroka maklumat di seluruh dunia. Kebanyakan komputer kelab sekolah berkenaan didapati atas daya usaha PIBG sekolah atau pun hadiahkan oleh institusi swasta.

 Seminar / Kursus Komputer Dalam Pendidikan

Selain daripada anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan telah menganjurkan beberapa kursus yang berkaitan dengan komputer. Diantara kursus yang telah diadakan pada tahun 1997 adalah seperti berikut:
 
Bil. Tajuk Peserta Tarikh Tempat
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

 

 

 

Seminar Komputer Dalam Pendidikan

Taklimat P & P Berbantu Komputer

Kursus Penyenggaraan Komputer

Taklimat P & P Berbantu Komputer

Kursus Penyenggaraan Komputer

Kursus Penyenggaraan Komputer

Kursus Penyenggaraan Komputer

Taklimat P & P Berbantu Komputer

Taklimat P & P Berbantu Komputer

Taklimat P & P Berbantu Komputer

Pembinaan Perisian Komputer 

Tajuk "SEL"
 

200

18

16

50

16

16

16

20

18

16

12

24-25.6.97

13-14.8.97

22-26.4.97

23-24.9.97

5-10.5.97

28.7-1.8.97

14-18.7.97

16-17.9.97

23-24.9.97

29-30.8.97

17-21.11.97

SMK Raja Tun Azlan Shah

PKG Bidor

SMK Megat Khas

Kompleks Islam, Ipoh

PKG Taiping

SMK Bukit Merchu

PKG Pengkalan Hulu

PKG Simpang

PKG Hutan Melintang

PKG Bagan Serai

PKG Sitiawan